Video Cara Memasak Nasi Arab

Pes, beras, Lomi dan Daun Salam

  • Cuci beras dan rendam selama 15 minit.
  • Tuangkan air 700ml dalam ‘rice cooker’.
  • Masukkan pes nasi arab, dan tekan ‘cooking button’.
  • Seteruskan masukkan Limau Hitam (Lomi), Daun Salam dan beras yang telah direndam.
  • Untuk Mendhi setelah nasi masak, masukkan pewarna secara sedikit dan gaulkan seluruhnya.
  • Nasi boleh dihidang dan makan.

Perapan dan ayam atau daging

  • Ayam atau daging mesti sudah dicuci dan potong.
  • Perapkan ayam atau daging dengan serbuk perapan.
  • Cara masak ayam atau daging :
    • Bakar ayam atau daging yang telah diperap dengan suhu 250˚c selama 1 jam.
    • Masak menggunakan ‘air fryer’ dengan suhu 180˚c selama 40 minit.
  • Setelah ayam atau daging siap, boleh dihidang untuk dimakan.

Resepi Salata

Bahan-bahan salad

  • Timun
  • Cuka
  • Tomato
  • Garam
  • Bawang Merah
  • Gula
  • cili
  • lobak merah
  • Cara-cara membuat salad

    Timun buang empulur, tomato buang biji, lobak merah buat kulit, bawang potong dadu dan cili cincang. Gaulkan kesemuanya dengan cuka , garam dan gula secukupnya.

    Bahan-bahan salad

  • 20 batang cili hijau
  • 4 helai daun pudina
  • 5 batang cili api merah
  • 1 biji lemon
  • 5 batang cili api hijau
  • Gula
  • 5 biji tomato
  • Garam
  • 4 batang daun ketumbar
  • Cara-cara membuat salad

    Kisarkan daun ketumbar, cili merah & cili padi serta tomato. Pastikan jangan terlalu halus. Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan jus lemon, garam dan gula. Jika suka masam, tambahkan lagi jus lemon. Hidangkan bersama nasi kabsa atau nasi mendhi.

    Cara masak ayam / daging lebih sedap!

    Mendhi & Kabsa boleh disesuaikan dengan ayam, kambing, daging lembu atau ikan mengikut citarasa anda.

    Bahan-bahan masakan ayam

  • 1 ekor ayam - belah 2 dan di cuci bersih
  • Serbuk perapan ayam Al-Bathal
  • Sedikit pewarna
  • 2 biji bawang besar-hiris bulat
  • 1 biji lemon
  • Aluminium foil
  • Cara memasak:

    • Gaul rata ayam dengan serbuk perapan Al-Bathal dan pewarna saffron selama 15 minit.
    • Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil.
    • Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan aluminium foil dan bakar pada suhu 250˚c selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

    Bahan-bahan masakan kambing

  • 1 kg daging lembu atau kambing
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar serbuk perapan daging Al-Bathal
  • Sedikit pewarna saffron
  • Air sekadar menenggelamkan daging
  • Sedikit minyak zaitun
  • Cara memasak:

    • Potong & basugh bersih daging. Masukkan semua bahan kecuali minyak zaitun ke dalam pressure cooker atau periuk. Rebus dalam 50 minit untuk daging lembut.
    • Keluarkan daging yang direbus dan susun atas dulang serta campurkan sekali bawang untuk di bakar. Renjiskan minyak zaitun dan bakar pada suhu 160˚c selama 15 minit. Renjiskan dengan air rebusan untuk daging tidak kering.