about us

Nama Al-Bathal adalah dari perkataan bahasa arab yang membawa maksud JUARA. Syarikat Al-Bathal Food Industries ini merupakan anak syarikat Juara Travel & Tours Sdn Bhd. Al-Bathal Food Industries mempunyai sebuah kilang dimiliki oleh 100% pegangan bumiputera yang ditubuhkan pada 1 Mei 2020 berpangkalan di Halal Hub 2, Serkam Melaka.

Syarikat kami menyambut saranan kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak produk-produk makanan tempatan yang halal lagi menyihatkan. Sekaligus memenuhi permintaan masyarakat yang mahukan lebih banyak pilihan produk muslim yang sedap dan bermutu tinggi.

Syarikat kami menjalankan perniagaan pemprosesan dan pengeluaran makanan menggunakan peralatan berteknologi di kilang kami untuk menjaga kebersihan dan produk yang berkualiti. Kilang kami mempunyai tenaga kerja seramai 35 orang yang terdiri daripada 5 bahagian :

  • pemprosesan (Production)
  • Pembungkusan (Packaging)
  • Pemasaran (Marketing)
  • Kewangan (Finance)
  • Pembangunan Ejen (Agent Development)

visi ,misi & motto

visi
Menjadi pilihan utama pelanggan dan ejen dalam mendapatkan nasi arab citarasa Madinah pada tahun 2022.
misi
  • Melahir dan membantu seramai 2,500 usahawan berjaya pada tahun 2022.
  • Membuka sebanyak 100 buah stokis hingga tahun 2022.
visi
Nasi Arab Madinah Al-Bathal pilihan utama.

Mesin Pemprosesan

Kerja Pemprosesan

Certificates